KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa bekas Pengarah SRC International Sdn Bhd Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi tidak mempunyai resolusi dengan kerajaan untuk menggugurkan saman sivil AS$1.18 bilion terhadapnya.
Shahrol Azral, 54, yang memberi keterangan sebagai pihak ketiga dalam saman SRC International terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak dan bekas Ketua Pegawai Eksekutifnya Nik Faisal Ariff Kamil, berkata beliau malah tidak tahu sebab syarikat itu menggugurkan nama beliau daripada senarai defendan.
"Saya tidak bertanya mengapa saman terhadap saya digugurkan," katanya ketika disoal oleh peguam bekas Perdana Menteri itu, Harvinderjit Singh.
Harvinderjit: Kes ini difailkan pada Mei 2021. Kemudian SRC International menarik balik tindakan sivilnya terhadap kamu. Ketika itu kamu sudah memberi keterangan pada perbicaraan 1Malaysia Development Berhad?
Shahrol Azral: Betul.
Harvinderjit: Kamu letak jawatan daripada SRC International kerana melihat sesuatu yang mencurigakan
Shahrol Azral: Tidak... saya meninggalkan syarikat tersebut kerana pada masa itu, saya menumpukan perhatian terhadap 1MDB. Ketika itu, 1MDB sedang terlibat dalam projek Tun Razak Exchange (TRX) dan Bandar Malaysia.
Shahrol Azral berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB dari Mac 2009 hingga Mac 2013. Beliau adalah Pengarah SRC dari 1 Ogos 2011 hingga 15 Mei 2012.
SRC sebelum ini menggugurkan lima pengarahnya termasuk Shahrol Azral daripada saman itu dan hanya mengekalkan Najib sebagai defendan tunggal.
Bagaimanapun, Mahkamah Tinggi kemudian membenarkan permohonan Najib untuk mengeluarkan notis pihak ketiga terhadap mereka dalam saman yang difailkan syarikat itu terhadap beliau.
SRC di bawah pengurusan baharu telah memfailkan saman itu pada Mei 2021, atas dakwaan Najib telah melakukan pecah amanah jenayah, salah guna kuasa dan memperoleh ganjaran peribadi daripada dana syarikat itu selain melakukan penyelewengan terhadap dana berkenaan.
Syarikat itu memohon ganti rugi am, ganti rugi teladan, ganti rugi tambahan, faedah, kos dan relief lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.
SRC juga menuntut deklarasi mahkamah bahawa Najib adalah bertanggungjawab bagi kerugian yang dialami oleh syarikat itu akibat pelanggaran tugas serta amanah beliau dan menuntut supaya beliau membayar balik kerugian yang dialami sebanyak RM42 juta.
Najib, 71, yang kini menjalani hukuman di Penjara Kajang sejak 23 Ogos 2022 selepas disabitkan bagi kesalahan menyeleweng RM42 juta dana SRC International.
Beliau kemudian memfailkan petisyen untuk pengampunan diraja pada 2 September 2022.
Susulan keputusan pengampunan itu, hukuman penjara Najib telah dikurangkan daripada 12 tahun kepada enam tahun manakala denda pula dikurangkan daripada RM210 juta kepada RM50 juta.
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Ahmad Fairuz Zainol Abidin bersambung esok.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 06 2024
Shahrol Azral berkata beliau malah tidak tahu sebab syarikat itu menggugurkan nama beliau daripada senarai defendan. - Gambar fail/Bernama
UTM lonjak 76 anak tangga dalam ranking universiti Asia
UTM berada pada kedudukan ke-85 tahun ini berbanding ke-161 tahun sebelumnya dalam Ranking Universiti Asia Times Higher Education 2024.
Raja Salman undang 1,000 warga Palestin tunaikan haji
Raja Arab Saudi undang 1,000 jemaah daripada keluarga syahid, tahanan dan rakyat Palestin yang cedera untuk menunaikan haji tahun ini.
PM umum kerajaan teruskan baucar buku RM100, bermula esok
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kerajaan bersetuju untuk meneruskan baucar buku berjumlah RM100 untuk tahun ini.
FAM tarik nafas lega, tingkat fokus majukan landskap bola sepak negara
FAM kini memberikan tumpuan memajukan landskap bola sepak negara selepas dua dakwaan salah guna kuasa diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut.
Seorang maut selepas terperangkap dalam enjin jet KLM di Amsterdam
Seorang individu maut selepas terperangkap di dalam enjin jet penerbangan KLM petang semalam di Lapangan Terbang Amsterdam Schiphol.
Tiga lagi kakitangan Kastam didakwa rasuah kes lori lolos pemeriksaan di KLIA
Mereka yang bertugas di JKDM KLIA, didakwa memperoleh untuk diri sendiri, suapan mengikut jumlah berkenaan, daripada seorang pemilik syarikat berusia 38 tahun.
Lelaki melecur ketika cuba selamatkan kereta Honda dalam kebakaran
Seorang lelaki melecur tahap dua semasa cuba menyelamatkan kereta jenis Honda FD miliknya yang terbakar di Kampung Wakaf Lichong di sini pada Khamis.
Angin kuat sehingga pesawat di pakir landasan bergerak
Sebuah pesawat American Airlines bergerak dari kedudukannya di pakir landasan di Lapangan Terbang Dallas Fort Worth ketika ribut membadai wilayah itu.
Kerajaan tak hapus subsidi diesel - Armizan
Armizan berkata subsidi itu masih wujud namun disasarkan semula untuk menangani isu ketirisan.
AWANI Ringkas: Bekas Presiden PPOC mengaku salah pecah amanah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Tiada perjanjian dengan kerajaan untuk gugurkan saman - Bekas Pengarah SRC
Bekas Pengarah SRC Shahrol Azral Ibrahim Halmi tidak mempunyai resolusi dengan kerajaan untuk menggugurkan saman sivil AS$1.18 bilion terhadapnya.